Tuesday, May 26, 2009

Majlis Pertunangan Khima Wahida...

Hari yang ditunggu telah pun tiba... geng kalo nak tahu ni lah kawan su yang paling lama dengan su, sejak dari tadika sehingga kini... kami ni bertiga.. su dan sorang lagi yang bertudung dibawah ni telah pun berkhawin cuma dia ni jer... mungkin lawa sgt kut .... ataupun anak org kaya tu yang terlambat sikit agaknya... tapi Alhamdulilah sampai gak serunya untuk bertunang dahulu dan akan berkhawin jangkanya pada bulan disember nanti...macam mana cun tak... dia ni seorang tailor boleh jahit baju pengantin selalu ambil baju dari jakel... dulu staff RR alah yang famouse tu...la ni menjahit sendiri jer...baju dia cun cuma orgnya tembam sedikit... kalo kurus cam artis pasti mcm erra fazira kan... tak dapat snap banyak gambar dia tu sibuk bergambar mengalahkan waktu khawin aduhhh nak bergambar pun susah... sedih bercampur gembira melihat jodoh kwn telah pun nak sampai... teringat masa zaman nakal2 dulu...



Sifariz masa ni tengah sedap tido di bilik anak dara ni aduhai tak nak bangun puas bangun kan pastu boleh sempat lak buat pose yang mengelikan hati su lah...sabar jerlah... nak tengok tak...


Apa pun tahniah friend semoga sampai jodoh kamu berdua nanti... dan kekal hingga ke akhir hayat.








Friday, May 22, 2009

Luahan Hati seorang insan...

Bila gembira kita sering alpa, bila berduka sering ditemani air mata... bagiku dugaan hidup sering menguji diriku ni... hai bila lah boleh merasa hati yang aman sedikit... teringin rasanya meletakkan kepala di seseorang menagis dan ringankan beban yang terbuku dihati... tapi siapa... suami... ??? susah untukku bercerita dgn nya... ya hanya PADAMU yang satu.. yang tahu isi hatiku ini...sering melihat kesenangan dan kegembiraan teman sekeliling... teringin tapi apakan daya taraf hidup ini tak serupa... rezeki pun berlainan...disekelilingku semuanya bermasalah membuatkan ku terpingga mana hendak ku bantu sedangkan diri ini cuma satu dan tidak berdaya...sedih dan kebimbangan timbul dilubuk hatiku ini... bagaimana ya nak ku hadapi.. kuatkah diri ini menempuhi segala dugaan ... dan sabarkah diriku ini... namun ku hanya manusia biasa dan seorang perempuan yang hatinya pasti akan terusik dgn situasi bergini... bergenang air mata ini bila memikirkan soal hidup dan mati... hidup kena diteruskan juga walaupun telah tinggal separuh nyawa... Ya Allah hanya PADAMU ku berserah ... atas segalanya...

Tuesday, May 19, 2009

Jalan-Jalan Hujung Minggu Di One Utama

Pada hujung minggu yang lepas, su ajak hubby jenjalan pi one utama, alah dekat jer tapi malas nak jenjalan pi sana sebab asal weekend jer ramai org boringnya..."ntah apa yang diorang cari pun tak tahu" hehehe su pun sama gak...ahad tu, bukan apa boringlah stress dgn keje nak buang mood yang tak baik... ambil angin sambil bersantai... kebetulan masa tu maybeline dan watson menawarkan makeup free untuk join malaysia book of record, tapi sayangnya makeup cehh nak tak nak jer. kena touch up balik dalam ladies.. hampeh... apa pun dapat satu eyeshadow pencil dari maybeline dan beberapa voucher... dan cert.. ni kat bawah ni



Lepas tu jenjalan lah si fariz ni pulak nak sgt naik keta barney ni sampai tak nak turun terpaksa dukung aduhhh terjeritlah pulak.... ishh malu jer...

Satu jer gambar sempat ambil dgn anak terunaku ni... org ramailah malu lak nak ambil gambar.. hehehe

Ni pulak husband su dgn anak bujangnya, mcm mana like father like son tak, ikut muka sapa yer fariz ni... hehehe

Selepas penat baliklah then rest... esoknya mula keje lagi aduhhh poning... poning

Tuesday, May 12, 2009

Suprise...

Bergini citernya smlm satu hari keje busy memanjang dgn tension nya pasal hal keje sampai letih sgt seluruh badan dan kepala up and down dah...then balik hubby lak muka masam jer mencuka..."aduhh hari malangku ke hari ni".. detik hati berbisik then balik caam biasa ambil fariz kat nuserynya...
sampai jer depan pintu dgr suara fariz panggil mama alangkah gembiranya hati tgk anak yang dikasihi menerpa kita..then suprise.... wahhh fariz dan gurunya buat card mothers day rupanya...aduhh gembiranya hati... menerima card dari fariz...comel lak tu nak tgk ...

comel kan...




pastu dah sampai umah duk dalam bilik sekejap sambil belek2 fariz punya card, hubby lak datang tanya kenapa. su cakap sakit kepala penat nak rest kejap... pastu dia senyum kambing cakap suprise.. Ya Allah terperanjat su dapat kiss juga pastu...nasib tak gugur jantung ni..

kalo nak tahu hubby bukanlah jenis yang romantik... tu terkejut tu... anyway thanks sgt babah... mama sgt terharu... nak menitis air mata. dan hilang segala penat weii..





Nilah hadiah dari suamiku yang tersayang... sgt2 dihargai..
walaupun lambat sikit dari mothers day su rasa sgt terharu juga....

Friday, May 8, 2009

SeLaMaT HaRi IBU.... Geng

HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI.
DIA LAH PROFESOR KU IBU KU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya
.
Wahai anak-anakku sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah kaki ibu....
Selamat hari Ibu

Monday, May 4, 2009

Sicomel Yang Ceria...

Wahh Lelong... lelong... ramainya ni... mana satu pilihan u all... ni semua bukan org lain anak su dgn anak buah su... gambar candid diorang bila bersama...


Ni anak teruna su namanya Muhammad Fariz Haziq... Pemalu orgnya tetapi Garang...





Ni Pulak Muhammad Aidil Akil... Anak cousin su... dia ni dilahirak selepas genap 10 tahun maknya berkhawin... lama proses buatnya...



Ni sorang jer girl dalam anak buah su skrg ni Namanya Irdina Safiyah... Anak mami kata org.. tapi bukan pun anak jawa adalah...
Ni pulak Makcik diorang... Ketua kepada bebudak tadi...

Jangan mareee kalo tak lawa yea... hiburan semata-mata... kalo nak book dulu k...




Weekend yang meriah

Hari ni tamatlah zaman bujang adek angkat su yang dulunya sepermainan dgn su masa kecil2 dulu... Alhamdulilah segalanya berjalan dgn lancar... yang kelakarnya dapat jodoh dgn jiran rumah jer depan blok jer .... hehehe jodoh kan... dan kawan sekolah su dulu pulak tu... aduhhh... apalagi dera kaw..kaw.. lah pengantin lelaki... nakal kan su ni...



Ini adalah singgahsana buat kedua mempelai... wahhh hijau gitu





Terlalu ramai yang ambil gambar ini yang sempat su rakamkan buat kwn2 di blog..




Sempat ambil satu jer gambar dgn pengantin... Ni adalah adek su dgn pengantin sama comel... kan..

Walau apa pun Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke akhir hayat...