Wednesday, July 4, 2012

Kembali Lagi

Hai, kwn2 dah lama giler rasanya tak update blog ni...sudah usang giler sehh, oleh kerana kesibukkan masa dan juga kemalasan melanda. BTW akhirnya dapat juga su mengemaskini blog dengan imej yang baru seperti tuan punya bdnnya lah kan...Alhamdulilahhh...

Tahun 2012 ini membuka satu buku baru yang amat ketara perubahan diri dari segi fizikal dan mental, pelbagai ujian dan rintangan akhirnya diri ini dapat menghadapinya satu persatu dgn penuh kesabaran dengan dorongan suami tersayang dan kawan2..


I got anew look this year nak tgk takk??



mcm mana ok tak, walaupun dan basi tetap nak upload gakk....

Kehidupan still Alhamdulilah semakin hari semakin baik, dan juga still perbaiki kelemahan yang ada...oppss masa sudah dekat pukul dua, belum lunch lagi sehh gara2 terlalu asyik mengodek blog ni...mak cau dulu yea...jumpa lagi daaaa

Friday, July 9, 2010

Nurkilan Hati

Assalamualaikum kengkawan semua, harap anda semua sihat bersama keluarga dan menjalankan tanggungjawab masing2, apa cerita terbaru su?? belum ada yang istimewa lagi yang boleh su share pun, cuma tulah blog su dah lama sunyi bak org tua2 kata ibarat umah buruk yang ditinggalkan..

Diri ini bersyukur kepada Ilahi diam tak diam kita nak nak berpuasa balik bulan depan, bila time posa ni ramai yang sibuk shopping, tapi pada su masa ni hati mula ditimpa resah, sedih nak tahu kenapa? sebagai seorang isteri kena berpisah dgn parents beraya diumah mertua, tapi harapan su terbukalah pintu hati suamiku yang tersayang...tahun ni turn raya dgn family su pulak yea...

Sekarang su semakin sibuk dalam menjalani tugasan harian di pejabat, bila kat rumah tu ada beberapa jam sahaja untuk rest.. bila tengok keletah fariz yang juga kesunyian dirumah timbul rasa kecian kepadanya...budak2 sekarang sangat bijak dia dah pandai minta adek tau...??? mana su nak cekau adek untuk dia?? su terpikir kenapa dia sampai bergitu sekali adakan semua yang sebaya dia telah mempunyai adek atau dia mahukan kawan dirumahh...seriusly memang kecian tgk dia dirumahh..

Bayangkan hati seorang ibu apabila permintaan anak itu sukar untuk ditunaikan, su selalu cuba beri apa yang fariz mahukan tapi bila ditanya sebergitu hati su menjadi sayup, terkedu...hanya yang su dapat bagitahu Sabar yer.. nak...nanti mama usahakan...semoga Allah permudahkan niat ku ini, bukan su tak sabar sgt nak menambah...sebenarnya su risau, bimbang bila ada anak lagi fariz akan berkongsi kasih dgn adeknya...kecian lagi kat dia kan...budak apa dia tahu ingat yang seronok jer...hakikatnya nanti tentu perasaan cemburu tersisih ada pada dalam hatinya..

Su sangat berterima kasih kepada beberapa sahabat su yang tidak jemu memberi kata semangat kepada su...wahhh sekarang ni diorang tgh membuncitkan diri akibat buatan org... semoga mereka selamat melahirkan baby2 yang comel menambahkan umat adam dimuka bumi ini... Khas buat anakku Fariz, Rezeki tetap ada buatmu...mama percaya satu hari akan dapat memberikan seorang adek yang comel buatmu InsyaAllah...

Sekian, Jumpa lagi...Assalamualaikumm...

Wednesday, March 17, 2010

Kembali lagi...

hai kwn2 dah lama sgt tak update blog ni, su sibuk sikit skrg ni maklumlah awal tahunkan tender demi tender kuar yang kami kena submit, nek pecah kepala di buat nya..
life skrg ni bertambah kami, Alhamdulilah segala berjalan dgn lancar, beberapa target saja lagi yang perlu su selesaikan untuk famili su...InsyaAllah diharapkan Allah permudahkan segala apa yang sukar.

Mcm mana agaknya kwn2 diblog don't worry su selalu berpeluang membaca blog anda cuma masa tidak mengizinkan su memberi komen dan update blog su ni... apapun skrg su tgh mempunyai lappy kat umah, so senang sikit nak mengupdate blog... yes..

oklah kalo su ada story yang akan su share...akan su update blog k...see you daa

Thursday, December 3, 2009

Fariz di swimming pool

Weekend yang lepas melepaskan boring diumah su jenjalan bersama fariz ke swimming pool di tempat nusery faris... wahh bukan main lagi fariz xcited nak mandi sampaikan ajak balik umah dulu mengambil suar dia mengamuk... ha lepaslah gian dia sekejap... si mama pun turut lepas gian beb... tapi takde org nak snap pic mama dia... pergh sonok mandi sampai fariz taknak balik... jenuh pujuk balik... mai kita layan pic yang sempat su rakamkan...


ada dua sister yang bermandi ketika yu rajin duk melayan si fariz ni... tgklah betapa happynya dia...now fariz dah pandai bercakap lancar sikit dan pandai bila tak pakai pampers diwaktu siang...Alhamdulilah fariz senang diajar suatu pekara... harapan mama untuk fariz menjadi anak yang berguna di harap sgt tercapai... yea nak.. jangan nakal2 yea... Luv u forever...

Tuesday, December 1, 2009

Luahhan Rasa...

Su just nak luahkan rasa disini, betul kata kwn su yang selalu berkata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali... su bukannya apa su rasa terkilan dgn ada satu family ni... bila dia susah su hulurkan bantuan kepadanya... tetapi skrg ni dia telah membuatkan su berasa segan dgn org sekeliling su yang telah menolongnya juga.. su pun tak tahu mana silapnya... memang benar org kata kasih anak takkan terputus dgn ibubapanya... tetapi su terasa hati apabila dia sanggup buat su malu walaupun dgn kuarga su sendiri..

Su hanya mampu berdoa semoga Allah perbetulkan mana yang salah dan harap sangat kasih sayang kami yang dari kecil tidak terputus di tengah jalan sahaja... Dan Allah beri petunjuk kepada org yang memusuhi su supaya terbuka hatinya untuk berbaik dgn su...su tak kisah kalo org nak pulaukan su... su dah biasa hidup sendiri.. cuma su nak peristiwa ni berakhir disini... Ntahlah su terasa seolah dia menjauhkan diri dari su sekarang ni..membuatkan su tertanya-tanya apa silap su...

Buat temanku dan kuarganya ini... su minta maaf dgn zahir dan batin sekiranya su dan family buat salah dan silap...su harap sgt kita ni kembali mcm dulu...

Friday, October 9, 2009

*Kesibukkan Kerja*

-Sekadar gambar hiasan-
Bila su tangok blog su... mak ai bersawang dah...lama dah tak update blog yea, sekarang sibuk sikit maklumlah baru balik cuti beraya... kerja pun banyak..ada beberapa story nak share dgn member ni...
Hari raya tahun ni turn kg hby... tapi nasib kami balik yang mana MIL su dgn FIL su bersedih tahun no mengenangkan dua anaknya yang telah pergi selamanya. jadi hari raya pertama tahun ni penuh dgn tangisan apabila suami, anak dan cucu arwah ke umah PIL su..walau apa pun kenangan mereka tak pernah luput dalam ingatan...AL FATIHAH...
Balik kl nahh atas meja penuh keje... hehehe seminggu cuti nak ambik ko... tapi takpe su dah settlekan semuanya....Chief Engineer tempat su telah letak jawatan tetapi setelah kuar telah buat all director su kecewa dgn dia yang mana dia cuba tarik staff kami join com baru dia... boss su amat frust... tapi semua staff lebih percayakan boss su...sebab dia ni amat gentle dan baik orgnya...
Hari ni semua out so su ada kelapangan sikit update blog, walaupun tak banyak story tapi itu jer yang boleh share pun... owh yea rambut dah panjang rimas rasanya so su keratlah gambar kat atas tu rambut su telah dipotong... ok tak...kenapa tgn ni gatai sgt nak potong ... hari tu nak bela panjang pastu leh tiba-tiba jer nak potong pulak... lepas ni bela lagilah..
Apa2 pun su nak ucapakan welcome to KL kepada sis dewi yang akan memulakan kehidupan barunya di kl...jenguk2lah kami nanti yea bila ada kelapangan... semoga cepat menimang baby...

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Assalamualaikum.


Dihari yang mulia ini su mengambil kesempatan menyusun jari minta ampun dan maaf kepada semua kengkawan jikalau terkasar bahasa, salah silap..tanpa su sedari..harap jg simpan dihati... jikalau punya masa jemputlah datang ke rumah su k..

eh, dah takde idea pulak... yang paling penting happy hari ni last day keje...esok dah start cuti seminggu... nak rest beb, penat giler dalam mgu ni...

Buat kengkawan yang balik kg tu, hati2 yea di jalan raya, kalo penat minum redbull k...petua su kalo ngantuk..semoga kalian selamat pergi dan pulang dgn gembiranya...
sekian, Assalamualaikum